Bil | Hadith | |
---|---|---|
1 |
Berbakti Kepada Ibu Bapa
Daripada Abu Hurairah RA juga daripada Nabi SAW sabdanya, “Hinalah
kemudian, hinalah kemudian, hinalah (bagi) mereka yang sempat hidup
bersama dengan salah seorang daripada ibu bapanya atau kedua-duanya
sekali ketika mereka tua sedangkan dia tidak dapat masuk syurga” (dengan
sebab itu)”.
|
|
2 |
Pengorbanan Ibu Bapa Tidak Ternilai
Daripada Abu Hurairah RA katanya, sabda Rasulullah SAW, “Tidak terbalas
jasa seorang anak terhadap orang tuanya melainkan apabila dia mendapati
orang tuanya menjadi hamba, lalu dibeli dan dimerdekakannya”.
|
|
3 |
3 Perkara Yang Disukai Allah
Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah bin Mas’ud RA katanya, “Aku bertanya
kepada nabi SAW, apakah amalan yang paling Allah suka?” Jawab Nabi SAW,
“Mengerjakan sembahyang dalam waktunya”. Aku bertanya lagi, “Kemudian
apa?”, jawabnya, berbuat baik kepada kedua-dua ibubapa”. Aku bertanya
lagi, “Kemudian apa?” Jawabnya, “Jihad untuk menegakkan agama Allah”.
|
|
4 |
Sebaik-baik Sahabat dan Jiran
Daripada ‘Abdullah R.huma katanya, sabda Rasulullah SAW, “Sebaik-baik
sahabat disisi Allah ialah yang terbaik hubungannya dengan sahabatnya
dan sebaik-baik jiran disisi Allah ialah yang terbaik hubungannya dengan
jiran tetanggannya”.
|
|
5 |
Eratkan Hubungan Silaturahim Sesama Jiran
Daripada ‘Aisyah R.Ha katanya, “Aku bertanya, wahai Rasulullah SAW,
“Aku mempunyai dua jiran tetangga yang berdekatan maka yang mana satukah
boleh aku berikannya hadiah?“ Jawab Rasulullah, “Berikan (hadiah itu)
kepada jiran yang paling dekat pintu rumahmu”.
|
|
6 |
Berkata Baik Atau Lebih Baik Diam
Daripada Abu Syuraih al-Khuza’ie RA bahawasanya Nabi SAW telah
bersabda, “Sesiapa beriman dengan Allah dan Hari Kiamat maka hendaklah
dia berbuat baik kepada jiran tetangganya. Sesiapa beriman dengan Allah
dan hari kiamat maka hendaklah dia memuliakan tetamunya, sesiapa beriman
dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah dia bercakap yang baik
ataupun diam”.
|
|
7 |
Berbaik-baik Sesama Jiran
Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda,
“Janganlah seorang jiran melarang akan jiran tetangganya yang lain
memacakkan kayu pada dindingnya”. Kemudian Abu Hurairah berkata,
“Mengapa aku lihat kamu berpaling (daripada peraturan atau sunnah
Rasulullah)!..Demi Allah, aku akan wajibkan sunnah nabi ini antara kamu
(untuk diamalkan)”.
|
|
8 |
Berilah Walau Sedikit Pun
Daripada Abu Hurairah (juga) katanya, sabda Rasulullah SAW, “Wahai
perempuan-perempuan muslimat janganlah menghina seorang jiran kepada
jiran tetangga yang lain, sekalipun (apa yang diberi itu) berupa kaki
kambing”.
|
|
9 |
Memelihara Ketenteraman Tetangga Tanda Kesempurnaan Iman
Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya nabi SAW bersabda, “Demi Allah,
tidak sempurna iman, demi Allah tidak sempurna iman, demi Allah tidak
sempurna iman”, lalu ditanya, “Siapa (yang tidak sempurna imannya) wahai
Rasulullah?”, jawab baginda, “Iaitu orang yang tidak memberi
ketenteraman kepada jirannya dengan sebab kejahatan yang dilakukannya”.
Dalam riwayat muslim “Tidak masuk syurga orang yang tidak mententeramkan jirannya dengan sebab kejahatannya”.
|
|
10 |
Sebaik-baik Jiran Tetangga
Daripada Abu Dzar RA katanya, sabda Rasululah SAW, “Wahai Abu Dzar
Apabila kamu merebus daging (membuat sup) perbanyakkanlah airnya
(kuahnya) dan hendaklah engkau ingat jiran engkau”.
Dalam riwayat yang lain, daripada Abu Dzar juga katanya, “Sesungguhnya
kekasihku (Rasulullah SAW) telah berpesan kepadaku, apabila engkau
memasak daging perbanyakkanlah airnya, kemudian lihatlah kaum keluarga
jiran engkau dan berilah sebahagian daripadanya dengan cara yang baik”.
|
|
11 |
Berbuat BaikTerhadap Jiran
Daripada Ibnu Umar dan Aisyah R.huma, kedua-duanya berkata, sabda
Rasulullah, “Jibril sentiasa memesan kepada aku supaya berbaik-baik
dengan jiran hingga aku menyangka bahawa Jibril akan menetapkan hukum
pusaka antara sesama jiran”.
|
|
12 |
Perintah Anak Solat
Daripada ‘Amru bin Syu'aib daripada bapanya, daripada datuknya RA
katanya, sabda Rasulullah SAW “Perintahkan (ajarlah) anak-anak kamu
menunaikan sembahyang ketika mereka berumur tujuh tahun dan rotankan
ketika mereka berumur sepuluh tahun dan asingkan tempat tidur mereka”.
|
|
13 |
Ajari Anak-anak Akhlak Islam
Daripada Abu Hafs ‘Amru bin Abi Salamah ‘Abdullah bin Abdul Asad anak
tiri Rasulullah SAW katanya “Aku seorang kanak-kanak didalam peliharaan
Rasulullah SAW dan pada waktu makan tanganku menjemput di sana sini di
setiap sudut pinggan maka Rasulullah bersabda, “Wahai anak, bacalah بسم الله (sebutkan
nama Allah ketika hendak makan) dan makanlah dengan tangan kananmu dan
hendaklah ambil makanan yang hampir dengan kamu. Selepas itu sentiasalah
engkau ikut cara makan (yang ditunjuk oleh Rasulullah)”.
|
|
14 |
Perkara yang salah mesti ditegur
Daripada Abu Hurairah RA katanya, al-Hasan R.huma telah mengambil
sebiji tamar daripada buah-buah tamar yang yang disedekahkan lalu
dimasukkan ke dalam mulutnya. Maka Rasulullah SAW bersabda “Buang
(luahkan) tamar itu, tidakkah engkau tahu kita tidak dibolehkan memakan
pemberian sedekah?”
Di dalam riwayat lain: “Kita tidak dihalalkan menerima sedeqah”.
|
|
15 |
Dermakan Sebahagian Harta Yang Kamu Sayangi
Daripada Anas RA katanya, Abu Thalhah RA ialah orang Ansar yang paling
banyak harta daripada kebun-kebun tamar yang luas. Harta yang paling
disukainya ialah kebun tamar Bir Ha’ yang menghadap ke arah masjid
(Nabawi). Rasulullah SAW pernah masuk ke kebun itu dan minum airnya yang
sedap. Anas berkata, apabila turun ayat yang bermasud, “Kamu tidak
sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang
sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian daripada apa yang kamu
sayangi” Abu Thalhah pergi menemui Rasulullah dan berkata “Wahai
Rasulullah, sesungguhnya Allah telah berfirman yang maksudnya, “Kamu
tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian
(yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian daripada apa yang kamu
sayangi dan sesungguhnya aku sangat sayang kepada kebun tamar Bir Ha’
itu dan aku jadikannya sebagai sedekah pada jalan Allah agar aku
mendapat kebaikan (yang dijanjikan Allah) dan sebagai bekalan akhirat
disisi Allah SWT. Oleh itu, engkau gunakanlah harta itu mengikut apa
yang Allah tunjukkan kepadamu”. Maka jawab Rasulullah SAW, “Ah, harta
itu sangat menguntungkan, harta itu sangat menguntungkan, sesungguhnya
aku dengar apa yang telah engkau katakan dan aku berpendapat engkau
agihkan harta itu kepada kaum kerabat engkau”. Maka Abu Thalhah berkata,
“Aku akan lakukan (seperti yang engkau suruh) wahai Rasulullah SAW”.
Lalu Abu Thalhah membahagikan harta tersebut kepada kaum keluarga dan
sepupunya”.
|
|
16 |
Tangan Yang Diatas Lebih Baik Dari Tangan Dibawah
Daripadanya (Abu Hurairah RA) daripada Nabi SAW sabdanya, “Tangan yang
di atas (memberi) itu adalah lebih baik daripada tangan yang di bawah
(meminta-minta) dan mulakan pemberian itu kepada mereka yang dibawah
tanggunganmu. Sebaik-baik sedekah adalah daripada orang yang berada
(tidak memerlukan bantuan). Sesiapa yang dapat menahan diri daripada
meminta-minta (walaupun dia miskin) maka Allah akan mencukupkabn
keperluannya dan sesiapa yang merasa cukup untuk diri dan keluarganya
maka Allah akan memberi kekayaan kepadanya”.
|
|
17 |
Si Pemurah dan Si Bakhil
Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Nabi SAW bersabda, “Tidak
berpagi-pagi seseorang itu melainkan turun kepadanya 2 malaikat lalu
seorang daripada kedua-duanya dengan berkata, “Ya Allah, berikan ganti
kepada orang yang berbelanja”, dan seorang lagi pula berdoa dengan
katanya, “Ya Allah, binasakanlah harta orang yang bakhil”.
|
|
18 |
Jangan Cuai Sara Keluarga
Daripada Abdullah bin ‘Amru al-‘As R.huma katanya, sabda Rasulullah
SAW, “Cukuplah dosa seseorang itu dengan mencuaikan tanggungjawabnya
menyara keluarganya.
|
|
19 |
Berbelanja di Jalan Allah
Daripada Abu Abdullah (dikatakan Abu Abdul Rahman) Tsauban bin Bujdad
hamba yang dimerdekakan Rasulullah SAW katanya, sanda Rasulullah SAW,
“Sebaik-baik wang yang dibelanjakan oleh seseorang ialah wang yang
dibelanjakan untuk menyara keluarganya, wang yang dibelanjakan untuk
binatang tunggangan pada jalan Allah dan wang yang dibelanjakan untuk
kawan-kawannya di jalan Allah”.
|
|
20 |
Menyara Keluarga Lebih Afdhal
Daripada Abu Hurairah RA katanya, sabda Rasulullah SAW, “Antara wang
yang engkau belanjakan ke jalan Allah, wang yang engkau belanjakan untuk
hamba sahaya, wang yang engkau sedekahkan kepada orang-orang miskn dan
wang yang engkau belanjakan untuk kaum keluargamu, maka pahala yang
paling besar ialah wang yang dibelanjakan untuk menyara kaum
keluargamu”.
|
Sharing Is Caring
Tuesday 11 December 2012
HADITH SUMBER JAKIM
Subscribe to:
Posts (Atom)