Bil | Hadith | |
---|---|---|
1 |
Berbakti Kepada Ibu Bapa
Daripada Abu Hurairah RA juga daripada Nabi SAW sabdanya, “Hinalah
kemudian, hinalah kemudian, hinalah (bagi) mereka yang sempat hidup
bersama dengan salah seorang daripada ibu bapanya atau kedua-duanya
sekali ketika mereka tua sedangkan dia tidak dapat masuk syurga” (dengan
sebab itu)”.
|
|
2 |
Pengorbanan Ibu Bapa Tidak Ternilai
Daripada Abu Hurairah RA katanya, sabda Rasulullah SAW, “Tidak terbalas
jasa seorang anak terhadap orang tuanya melainkan apabila dia mendapati
orang tuanya menjadi hamba, lalu dibeli dan dimerdekakannya”.
|
|
3 |
3 Perkara Yang Disukai Allah
Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah bin Mas’ud RA katanya, “Aku bertanya
kepada nabi SAW, apakah amalan yang paling Allah suka?” Jawab Nabi SAW,
“Mengerjakan sembahyang dalam waktunya”. Aku bertanya lagi, “Kemudian
apa?”, jawabnya, berbuat baik kepada kedua-dua ibubapa”. Aku bertanya
lagi, “Kemudian apa?” Jawabnya, “Jihad untuk menegakkan agama Allah”.
|
|
4 |
Sebaik-baik Sahabat dan Jiran
Daripada ‘Abdullah R.huma katanya, sabda Rasulullah SAW, “Sebaik-baik
sahabat disisi Allah ialah yang terbaik hubungannya dengan sahabatnya
dan sebaik-baik jiran disisi Allah ialah yang terbaik hubungannya dengan
jiran tetanggannya”.
|
|
5 |
Eratkan Hubungan Silaturahim Sesama Jiran
Daripada ‘Aisyah R.Ha katanya, “Aku bertanya, wahai Rasulullah SAW,
“Aku mempunyai dua jiran tetangga yang berdekatan maka yang mana satukah
boleh aku berikannya hadiah?“ Jawab Rasulullah, “Berikan (hadiah itu)
kepada jiran yang paling dekat pintu rumahmu”.
|
|
6 |
Berkata Baik Atau Lebih Baik Diam
Daripada Abu Syuraih al-Khuza’ie RA bahawasanya Nabi SAW telah
bersabda, “Sesiapa beriman dengan Allah dan Hari Kiamat maka hendaklah
dia berbuat baik kepada jiran tetangganya. Sesiapa beriman dengan Allah
dan hari kiamat maka hendaklah dia memuliakan tetamunya, sesiapa beriman
dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah dia bercakap yang baik
ataupun diam”.
|
|
7 |
Berbaik-baik Sesama Jiran
Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda,
“Janganlah seorang jiran melarang akan jiran tetangganya yang lain
memacakkan kayu pada dindingnya”. Kemudian Abu Hurairah berkata,
“Mengapa aku lihat kamu berpaling (daripada peraturan atau sunnah
Rasulullah)!..Demi Allah, aku akan wajibkan sunnah nabi ini antara kamu
(untuk diamalkan)”.
|
|
8 |
Berilah Walau Sedikit Pun
Daripada Abu Hurairah (juga) katanya, sabda Rasulullah SAW, “Wahai
perempuan-perempuan muslimat janganlah menghina seorang jiran kepada
jiran tetangga yang lain, sekalipun (apa yang diberi itu) berupa kaki
kambing”.
|
|
9 |
Memelihara Ketenteraman Tetangga Tanda Kesempurnaan Iman
Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya nabi SAW bersabda, “Demi Allah,
tidak sempurna iman, demi Allah tidak sempurna iman, demi Allah tidak
sempurna iman”, lalu ditanya, “Siapa (yang tidak sempurna imannya) wahai
Rasulullah?”, jawab baginda, “Iaitu orang yang tidak memberi
ketenteraman kepada jirannya dengan sebab kejahatan yang dilakukannya”.
Dalam riwayat muslim “Tidak masuk syurga orang yang tidak mententeramkan jirannya dengan sebab kejahatannya”.
|
|
10 |
Sebaik-baik Jiran Tetangga
Daripada Abu Dzar RA katanya, sabda Rasululah SAW, “Wahai Abu Dzar
Apabila kamu merebus daging (membuat sup) perbanyakkanlah airnya
(kuahnya) dan hendaklah engkau ingat jiran engkau”.
Dalam riwayat yang lain, daripada Abu Dzar juga katanya, “Sesungguhnya
kekasihku (Rasulullah SAW) telah berpesan kepadaku, apabila engkau
memasak daging perbanyakkanlah airnya, kemudian lihatlah kaum keluarga
jiran engkau dan berilah sebahagian daripadanya dengan cara yang baik”.
|
|
11 |
Berbuat BaikTerhadap Jiran
Daripada Ibnu Umar dan Aisyah R.huma, kedua-duanya berkata, sabda
Rasulullah, “Jibril sentiasa memesan kepada aku supaya berbaik-baik
dengan jiran hingga aku menyangka bahawa Jibril akan menetapkan hukum
pusaka antara sesama jiran”.
|
|
12 |
Perintah Anak Solat
Daripada ‘Amru bin Syu'aib daripada bapanya, daripada datuknya RA
katanya, sabda Rasulullah SAW “Perintahkan (ajarlah) anak-anak kamu
menunaikan sembahyang ketika mereka berumur tujuh tahun dan rotankan
ketika mereka berumur sepuluh tahun dan asingkan tempat tidur mereka”.
|
|
13 |
Ajari Anak-anak Akhlak Islam
Daripada Abu Hafs ‘Amru bin Abi Salamah ‘Abdullah bin Abdul Asad anak
tiri Rasulullah SAW katanya “Aku seorang kanak-kanak didalam peliharaan
Rasulullah SAW dan pada waktu makan tanganku menjemput di sana sini di
setiap sudut pinggan maka Rasulullah bersabda, “Wahai anak, bacalah بسم الله (sebutkan
nama Allah ketika hendak makan) dan makanlah dengan tangan kananmu dan
hendaklah ambil makanan yang hampir dengan kamu. Selepas itu sentiasalah
engkau ikut cara makan (yang ditunjuk oleh Rasulullah)”.
|
|
14 |
Perkara yang salah mesti ditegur
Daripada Abu Hurairah RA katanya, al-Hasan R.huma telah mengambil
sebiji tamar daripada buah-buah tamar yang yang disedekahkan lalu
dimasukkan ke dalam mulutnya. Maka Rasulullah SAW bersabda “Buang
(luahkan) tamar itu, tidakkah engkau tahu kita tidak dibolehkan memakan
pemberian sedekah?”
Di dalam riwayat lain: “Kita tidak dihalalkan menerima sedeqah”.
|
|
15 |
Dermakan Sebahagian Harta Yang Kamu Sayangi
Daripada Anas RA katanya, Abu Thalhah RA ialah orang Ansar yang paling
banyak harta daripada kebun-kebun tamar yang luas. Harta yang paling
disukainya ialah kebun tamar Bir Ha’ yang menghadap ke arah masjid
(Nabawi). Rasulullah SAW pernah masuk ke kebun itu dan minum airnya yang
sedap. Anas berkata, apabila turun ayat yang bermasud, “Kamu tidak
sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang
sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian daripada apa yang kamu
sayangi” Abu Thalhah pergi menemui Rasulullah dan berkata “Wahai
Rasulullah, sesungguhnya Allah telah berfirman yang maksudnya, “Kamu
tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian
(yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian daripada apa yang kamu
sayangi dan sesungguhnya aku sangat sayang kepada kebun tamar Bir Ha’
itu dan aku jadikannya sebagai sedekah pada jalan Allah agar aku
mendapat kebaikan (yang dijanjikan Allah) dan sebagai bekalan akhirat
disisi Allah SWT. Oleh itu, engkau gunakanlah harta itu mengikut apa
yang Allah tunjukkan kepadamu”. Maka jawab Rasulullah SAW, “Ah, harta
itu sangat menguntungkan, harta itu sangat menguntungkan, sesungguhnya
aku dengar apa yang telah engkau katakan dan aku berpendapat engkau
agihkan harta itu kepada kaum kerabat engkau”. Maka Abu Thalhah berkata,
“Aku akan lakukan (seperti yang engkau suruh) wahai Rasulullah SAW”.
Lalu Abu Thalhah membahagikan harta tersebut kepada kaum keluarga dan
sepupunya”.
|
|
16 |
Tangan Yang Diatas Lebih Baik Dari Tangan Dibawah
Daripadanya (Abu Hurairah RA) daripada Nabi SAW sabdanya, “Tangan yang
di atas (memberi) itu adalah lebih baik daripada tangan yang di bawah
(meminta-minta) dan mulakan pemberian itu kepada mereka yang dibawah
tanggunganmu. Sebaik-baik sedekah adalah daripada orang yang berada
(tidak memerlukan bantuan). Sesiapa yang dapat menahan diri daripada
meminta-minta (walaupun dia miskin) maka Allah akan mencukupkabn
keperluannya dan sesiapa yang merasa cukup untuk diri dan keluarganya
maka Allah akan memberi kekayaan kepadanya”.
|
|
17 |
Si Pemurah dan Si Bakhil
Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Nabi SAW bersabda, “Tidak
berpagi-pagi seseorang itu melainkan turun kepadanya 2 malaikat lalu
seorang daripada kedua-duanya dengan berkata, “Ya Allah, berikan ganti
kepada orang yang berbelanja”, dan seorang lagi pula berdoa dengan
katanya, “Ya Allah, binasakanlah harta orang yang bakhil”.
|
|
18 |
Jangan Cuai Sara Keluarga
Daripada Abdullah bin ‘Amru al-‘As R.huma katanya, sabda Rasulullah
SAW, “Cukuplah dosa seseorang itu dengan mencuaikan tanggungjawabnya
menyara keluarganya.
|
|
19 |
Berbelanja di Jalan Allah
Daripada Abu Abdullah (dikatakan Abu Abdul Rahman) Tsauban bin Bujdad
hamba yang dimerdekakan Rasulullah SAW katanya, sanda Rasulullah SAW,
“Sebaik-baik wang yang dibelanjakan oleh seseorang ialah wang yang
dibelanjakan untuk menyara keluarganya, wang yang dibelanjakan untuk
binatang tunggangan pada jalan Allah dan wang yang dibelanjakan untuk
kawan-kawannya di jalan Allah”.
|
|
20 |
Menyara Keluarga Lebih Afdhal
Daripada Abu Hurairah RA katanya, sabda Rasulullah SAW, “Antara wang
yang engkau belanjakan ke jalan Allah, wang yang engkau belanjakan untuk
hamba sahaya, wang yang engkau sedekahkan kepada orang-orang miskn dan
wang yang engkau belanjakan untuk kaum keluargamu, maka pahala yang
paling besar ialah wang yang dibelanjakan untuk menyara kaum
keluargamu”.
|
Tuesday 11 December 2012
HADITH SUMBER JAKIM
Tuesday 4 December 2012
Cara menyempurnakan solat taubat
ALLAH swt sentiasa memerintahkan kita supaya bertaubat, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang sebenar.” (At-Tahrim: 8.)
Allah telah membuka pintu harapan kepada hamba-hambaNya: “Katakanlah; wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Az-Zumar: 53)
Syarat-syarat taubat :
Waktu melaksanakan taubat :
Taubat tidak boleh diundur-undur atau ditunda. Kerana jika demikian ia sangat berbahaya bagi hati manusia. Jika tidak segera menyucikan diri sedikit demi sedikit, maka pengaruh dosa itu akan bertompok-tompok, dan akhirnya akan merosakkan hati sehingga tertutup dari cahaya kebenaran.
Di antara penyebab yang akan membangkitkan jiwa bertaubat seseorang itu adalah jiwa yang selalu mengingati hari kematian dan hidup bersendirian di dalam kubur. Kata-kata mati adalah sesuatu yang sangat menakutkan kebanyakan manusia. Mati beerti berpisah dengan segala yang disayangi atau dicintai. Hari terputusnya segala nikmat. Sedangkan berpisah sebentar sahaja dengan anak atau isteri, dapat mengalirkan air mata kesedihan, apa lagi berpisah untuk selamanya
Firman Allah: “Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula.” (Az-Zumar: 30)
Di samping mengingat tentang azab penderitaan yang bakal dihadapi oleh orang-orang yang berdosa mengingat kenikmatan syurga yang bakal ditempati oleh orang-orang yang soleh juga akan dapat membangkitkan keinginan jiwa untuk melakukan taubat dengan segera.
Cara melaksanakan solat taubat :
Cara melaksanakan solat taubat ini sama dengan solat biasa, iaitu setelah berwuduk dengan sempurna, lalu berdiri di tempat yang suci, menghadap kiblat;
Allah telah membuka pintu harapan kepada hamba-hambaNya: “Katakanlah; wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Az-Zumar: 53)
Syarat-syarat taubat :
- Ikhlas ingin bertaubat
- Tidak akan mengulangi perbuatan dosa itu lagi
- Menyesal atas perbuatan yang telah dilakukan
- Harus mempunyai tekad di dalam hati tidak akan melakukan dosa itu untuk selama-lamanya
- Dikerjakan sebelum ajal tiba
Waktu melaksanakan taubat :
Taubat tidak boleh diundur-undur atau ditunda. Kerana jika demikian ia sangat berbahaya bagi hati manusia. Jika tidak segera menyucikan diri sedikit demi sedikit, maka pengaruh dosa itu akan bertompok-tompok, dan akhirnya akan merosakkan hati sehingga tertutup dari cahaya kebenaran.
Di antara penyebab yang akan membangkitkan jiwa bertaubat seseorang itu adalah jiwa yang selalu mengingati hari kematian dan hidup bersendirian di dalam kubur. Kata-kata mati adalah sesuatu yang sangat menakutkan kebanyakan manusia. Mati beerti berpisah dengan segala yang disayangi atau dicintai. Hari terputusnya segala nikmat. Sedangkan berpisah sebentar sahaja dengan anak atau isteri, dapat mengalirkan air mata kesedihan, apa lagi berpisah untuk selamanya
Firman Allah: “Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula.” (Az-Zumar: 30)
Di samping mengingat tentang azab penderitaan yang bakal dihadapi oleh orang-orang yang berdosa mengingat kenikmatan syurga yang bakal ditempati oleh orang-orang yang soleh juga akan dapat membangkitkan keinginan jiwa untuk melakukan taubat dengan segera.
Cara melaksanakan solat taubat :
Cara melaksanakan solat taubat ini sama dengan solat biasa, iaitu setelah berwuduk dengan sempurna, lalu berdiri di tempat yang suci, menghadap kiblat;
- Waktu di lakukan – bila-bila masa merasa telah berbuat dosa (kecuali waktu makruh tahrim utk melakukan solat)*. Sebaik-baiknya 2/3 malam (pukul 2 pagi ke atas), semasa Qiyamullail
- Lafaz niat: “Sahaja aku mengerjakan solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Ta’ala.” (Cukup di dalam hati, ada perbahasan ulama’ tentang lafaz niat dlm ibadah – sila rujuk kpd pakar feqah)
- Rakaat pertama membaca (disunatkan membaca doa Iftitah) kemudian surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.
- Rakaat kedua membaca surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.
- Semasa sujud akhir rakaat kedua, ucapkanlah Doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali (bersungguh-sungguh di dalam hati memohon keampunan dari Allah Ta’ala),
- Selepas salam, perbanyakkan istighfar seperti,
Ertinya: “Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.”
Ertinya: Ampunilah hamba Ya Allah. Tuhan yang Maha
Agung. Tiada Tuhan yang lain melainkan hanya Engkau. Dialah Tuhan yang
Maha Hidup lagi Maha Perkasa dan hamba bertaubat kepada Engkau ya Allah.
-
dan berdoa dengan Penghulu Istighfar,
Ertinya: “Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada
Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah
hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia (
beriman dan taat ) kepada-Mu sekuat mampuku. Aku berlindung kepada-Mu
dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat
yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka
ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa
kecuali Engkau.”
-
Kemudian boleh juga berdoa mengikut luahan hati dan munajat masing-masing ke hadhrat Allah.
———————————————————–
*Makruh tahrim – Petikan dari “170 Solat-Solat Sunat”, Abd Rahman Mukhlis, Terbitan Jasmin Enterprise, ms 8-9 ;
Fuqaha Syafi’iyah berpendapat bahawa makruh tahrim
hukumnya melaksanakan sembahyang sunat tanpa sebab, dan sembahyang itu
dipandang tidak sah jika dilakukan dalam lima waktu berikut:
-
Selepas sembahyang Subuh yang dilaksanakan secara tunai (bukan sembahyang qadha’), hingga matahari menyingsing sepenggalah.
-
Ketika matahari terbit hingga menyingsing seperti galah.
-
Selepas melakukan sembahyang Asar yang dilaksanakan secara tunai sekalipun ia dijamak dengan Zuhur pada waktu Zuhur (jamak taqdim).
-
Ketika matahari berwarna kuning, hingga terbenam seluruhnya.
-
Ketika matahari benar-benar berada di atas kepala (di tengah-tengah langit) hingga gelincir ke Barat. Kecuali waktu Istiwa’ (matahari berada di tengah-tengah langit pada hari Jumaat.
Bagaimanapun, jika sembahyang yang dilakukan itu ada
sebab yang mendahuluinya seperti sembahyang Tahiyyatul Masjid, walaupun
khatib sudah berada di atas mimbar, sembahyang Sunat Wuduk dan
sembahyang Sunat Tawaf sebanyak dua rakaat.
Begitu juga sembahyang yang mempunyai waktu terkait (muqayyad),
seperti sembahyang Istisqa’ dan sembahyang Gerhana Matahari. Maka
hukumnya adalah sah tanpa dimakruhkan, sebab ia terkait dengan turunnya
hujan dan terhalangnya cahaya matahari.
Adapun melaksanakan sembahyang sunat ketika bilal qamat adalah makruh tanzih,
kecuali ketika qamat sembahyang Jumaat. Sembahyang sunat yang dilakukan
ketika bilal sudah qamat pada sembahyang Jumaat adalah haram hukumnya.
AGONG MALAYSIA
Yang di-Pertuan Agong (tulisan Jawi: يڠ د-ڤرتوان اڬوڠ) ialah gelaran rasmi ketua negara Malaysia. Gelaran rasmi yang penuh adalah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Oleh sebab Malaysia mengamalkan sistem raja berperlembagaan, peranan Yang di-Pertuan Agong kebanyakannya hanyalah sebagai istiadat. Perlembagaan menyatakan dengan jelas bahawa kuasa eksekutif, secara teorinya di bawah kuasa ketua negeri, dilaksanakan oleh (atau dengan nasihat) Kabinet atau Jemaah Menteri yang diketuai oleh Perdana Menteri[1].
Yang di-Pertuan Agong Malaysia sekarang ialah Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dari negeri Kedah.
BENDERA PERIBADI YANG DI-PERTUAN AGONG
Pada Ogos 1957, setelah memilih gelaran Yang di-Pertuan Agong dan menolak gelaran Yang di-Pertuan Besar yang dicadangkan sebelum itu, Majlis Raja-Raja telah bersidang untuk mengundi pemegang takhta yang pertama.
Jika menurut tempoh lama memerintah, Major-Jeneral Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar (Sultan Johor), yang dilantik menjadi pada tahun 1895, merupakan sultan yang paling lama memerintah, tetapi baginda menolak perlantikan tersebut disebabkan telah lanjut usia (ketika itu baginda berusia 84 tahun).
Yang kedua dalam turutan, Sultan Sir Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Abdullah Al-Mutassim Billah Shah (Sultan Pahang), yang memerintah pada tahun 1932, tidak mendapat mandat secukupnya untuk dilantik. Yang lama memerintah seterusnya, Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad dari Negeri Sembilan, yang menaiki takhta pada tahun 1933, kemudiannya telah dilantik.
Raja-raja yang hadir ketika pertabalan pertama adalah:
Terdapat beberapa faktor yang akan dipertimbangkan oleh Majlis Raja-Raja melalui undi rahsia bagi menentukan pengganti bagi jawatan Yang di-Pertuan Agong seterusnya.
Syarat yang akan diambil kira ialah:
Keunikan tradisi ini bermula sejak tahun 1957, kuasa yang dimiliki oleh Yang di-Pertuan Agong mengatasi segala Raja-Raja Melayu sepanjang tempoh perlantikannya.
Jika dibandingkan dengan England, Ratu Elizabeth II, sistem perlantikan rajanya tidaklah seunik di Malaysia, ini kerana sistem beraja England datang dari satu keluarga sahaja. Uniknya di Malaysia, pemilihan ketua negara datang dari kalangan sembilan orang Sultan yang memerintah Negeri-negeri Melayu.
Di samping itu, Yang di-Pertuan Agong mempunyai peranan penting yang lain dalam kerajaan termasuklah[4]:
Oleh sebab Malaysia mengamalkan sistem raja berperlembagaan, peranan Yang di-Pertuan Agong kebanyakannya hanyalah sebagai istiadat. Perlembagaan menyatakan dengan jelas bahawa kuasa eksekutif, secara teorinya di bawah kuasa ketua negeri, dilaksanakan oleh (atau dengan nasihat) Kabinet atau Jemaah Menteri yang diketuai oleh Perdana Menteri[1].
Yang di-Pertuan Agong Malaysia sekarang ialah Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dari negeri Kedah.
BENDERA PERIBADI YANG DI-PERTUAN AGONG
Sejarah
Jawatan Yang di-Pertuan Agong diwujudkan hasil daripada Suruhanjaya Reid yang merangka Perlembagaan Persekutuan.Cadangan jawatan Yang Dipertuan Agong timbul berikutan tentangan terhadap penubuhan Malayan Union yang dilihat ingin menghapuskan Institusi Raja-Raja Melayu.Pada Ogos 1957, setelah memilih gelaran Yang di-Pertuan Agong dan menolak gelaran Yang di-Pertuan Besar yang dicadangkan sebelum itu, Majlis Raja-Raja telah bersidang untuk mengundi pemegang takhta yang pertama.
Jika menurut tempoh lama memerintah, Major-Jeneral Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar (Sultan Johor), yang dilantik menjadi pada tahun 1895, merupakan sultan yang paling lama memerintah, tetapi baginda menolak perlantikan tersebut disebabkan telah lanjut usia (ketika itu baginda berusia 84 tahun).
Yang kedua dalam turutan, Sultan Sir Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Abdullah Al-Mutassim Billah Shah (Sultan Pahang), yang memerintah pada tahun 1932, tidak mendapat mandat secukupnya untuk dilantik. Yang lama memerintah seterusnya, Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad dari Negeri Sembilan, yang menaiki takhta pada tahun 1933, kemudiannya telah dilantik.
Raja-raja yang hadir ketika pertabalan pertama adalah:
- Sultan Sir Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Abdullah Al-Mutassim Billah Shah (Sultan Pahang; 1932-1974)
- Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad (Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan; 1933-1960)
- Al-Marhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah (Sultan Selangor; 1938-1942, 1945-1960)
- Sultan Badlishah ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah (Sultan Kedah; 1943-1958)
- Sultan Ibrahim Petra ibni Almarhum Sultan Muhammad IV (Al-Sultan Kelantan; 1944-1960)
- Tuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail (Raja Perlis; 1945-2000)
- Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin III (Sultan Terengganu; 1945-1979)
- Sultan Yusuf Izzudin Shah ibni Almarhum Sultan Abdul Jalil Nasruddin Shah (Sultan Perak; 1948-1963)
- Tunku Ismail ibni Sultan Sir Ibrahim (Tunku Mahkota Johor; menjadi Sultan 1959-1981)
Lantikan
Ciri yang unik di seluruh dunia dalam sistem pemerintahan beraja Malaysia, jawatan ini digilirkan setiap lima tahun antara sembilan Pemerintah Negeri Melayu.
Apabila menjawat jawatan Yang di-Pertuan Agong, seorang kerabat diraja akan dilantik sebagai Pemangku dalam negeri tersebut.
Giliran Negeri
Sistem penggiliran jawatan Yang di-Pertuan Agong setiap lima tahun dianggap unik. Ini kerana ia menggabungkan tradisi feudal berasaskan keturunan darah dengan konsep moden berasaskan perlembagaan.
Malaysia satu-satunya negara di dunia yang mengamalkan sistem penggiliran ketua negara.
Sistem penggiliran hanya diberikan kepada Raja-Raja Melayu dari negeri yang dulunya dikenali Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu.
Negeri-negeri Melayu Bersekutu terdiri daripada Perak, Negeri Sembilan, Selangor dan Pahang. Manakala Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu iaitu Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor. Sementara itu Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak tidak berpeluang walaupun mereka menganggotai Majlis Raja-Raja.
Selepas kitaran pertama sembilan Yang di-Pertuan Agong (1957-1994), aturan menurut Pemerintah negeri adalah menurut kitaran yang telah digunakan sebelum itu, iaitu:
- Negeri Sembilan
- Selangor
- Perlis
- Terengganu
- Kedah
- Kelantan
- Pahang
- Johor
- Perak
Faktor pemilihan
Pemilihan Yang di-Pertuan Agong berdasarkan kepada sistem giliran yang telah ditetapkan.Terdapat beberapa faktor yang akan dipertimbangkan oleh Majlis Raja-Raja melalui undi rahsia bagi menentukan pengganti bagi jawatan Yang di-Pertuan Agong seterusnya.
Syarat yang akan diambil kira ialah:
- Kekananan di kalangan Sultan dan Raja;
- Baginda berkenan untuk menjadi Agong;
- Tidak mengalami kelemahan atau ketidak upayaan mental;
- Merupakan Raja yang berada di kedudukan teratas;
- Mendapat sokongan sekurang-kurangnya lima Raja lain;
- Dan bukan seseorang yang telah memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong selama dua penggal berturut-turut.
Kebaikan sistem
Hanya yang terpilih sahaja boleh dipilih iaitu menurut darah keturunan (monarki) tetapi di dalamnya itu tersemat dan tersisip peraturan yang bercorak demokrasi moden iaitu pemilihan secara moden.Keunikan tradisi ini bermula sejak tahun 1957, kuasa yang dimiliki oleh Yang di-Pertuan Agong mengatasi segala Raja-Raja Melayu sepanjang tempoh perlantikannya.
Jika dibandingkan dengan England, Ratu Elizabeth II, sistem perlantikan rajanya tidaklah seunik di Malaysia, ini kerana sistem beraja England datang dari satu keluarga sahaja. Uniknya di Malaysia, pemilihan ketua negara datang dari kalangan sembilan orang Sultan yang memerintah Negeri-negeri Melayu.
Kuasa sebagai Raja Berperlembagaan
Perkara 181 (1), Perlembagaan Persekutuan menjamin kedaulatan dan kuasa raja terus berkekalan. Perlembagaan telah memperuntukkan beberapa kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong. Antaranya ialah baginda diberi kuasa untuk memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera negeri-negeri Sabah dan Sarawak dan menjaga kepentingan kepentingan sah kaum-kaum lain. Baginda juga berperanan sebagai ketua agama Islam bagi negeri baginda sendiri, Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, dan Wilayah-wilayah Persekutuan.[2] Di samping itu, Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong juga adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Negara[3].Di samping itu, Yang di-Pertuan Agong mempunyai peranan penting yang lain dalam kerajaan termasuklah[4]:
- Melantik seorang Perdana Menteri
- Menangguhkan pembubaran parlimen
- Meminta supaya diadakan Mesyuarat Majlis Raja-Raja bagi tujuan membincangkan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan, dan kebesaran raja-raja.
Senarai Yang di-Pertuan Agong
-
Rencana utama: Senarai Yang di-Pertuan Agong
- Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad dari Negeri Sembilan, diputerakan pada 1895, memerintah pada 1957-1960, mangkat ketika memerintah pada 1 April 1960.
- Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah dari Selangor, diputerakan pada 1898, memerintah pada 1960, mangkat ketika memerintah pada 1 September 1960.
- Tuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail dari Perlis, diputerakan pada 1920, memerintah pada 1960-1965, mangkat pada tahun 2000.
- Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin III dari Terengganu, diputerakan pada 1907, memerintah pada 1965-1970, mangkat pada 1979.
- Tuanku Al-Mutassimu Billahi Muhibbudin Sultan Abdul Halim Al-Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dari Kedah, diputerakan pada 1927, memerintah pada 1970-1975.
- Sultan Yahya Petra ibni Almarhum Sultan Ibrahim Petra dari Kelantan, diputerakan 1917, memerintah pada 1975-1979, mangkat ketika memerintah pada 29 Mac 1979.
- Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah ibni Almarhum Sultan Sir Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah dari Pahang, diputerakan pada 1930, memerintah pada 1979-1984.
- Baginda Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj ibni Almarhum Sultan Ismail dari Johor, diputerakan pada 1932, memerintah pada 1984-1989, mangkat pada 22 Januari 2010.
- Sultan Azlan Muhibbudin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzudin Shah Ghafarullahu-lahu dari Perak, diputerakan pada 1928, memerintah pada 1989-1994.
- Tuanku Jaafar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman dari Negeri Sembilan, diputerakan pada 1922, memerintah pada 1994-1999, mangkat pada 27 Disember 2009.
- Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj dari Selangor, diputerakan 1922, memerintah pada 1999-2001, mangkat ketika memerintah pada 4 Disember 2001.
- Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Syed Putra Jamalullail dari Perlis, diputerakan 1943, memerintah pada 2001-2006.
- Sultan Mizan Zainal Abidin ibni AlMarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj dari Terengganu, diputerakan 1962, memerintah pada 2006-2011.
- Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dari Kedah, diputerakan pada 1927, memerintah pada 2011-kini.
Nota dan rujukan
- ↑ "Raja berperlembagaan". Majlis Keselamatan Negara (MKN).
- ↑ Yang Di-Pertuan Agong - MyGovernment (Portal Rasmi Kerajaan Malaysia)
- ↑ "Parlimen Malaysia". Parlimen Malaysia.
- ↑ "Raja berperlembagaan". Majlis Keselamatan Negara (MKN).
- Wikipedia bahasa melayu
Subscribe to:
Posts (Atom)